Hasil Mesyuarat Reunion PJPKMPP

Lokasi Mesyuarat : Rumah Razif
Tarikh Mesyuarat :13 Disember 2009
Kehadiran PJPKMPP :-
1- Abdul Hafif
2- Najwa Aziyati
3- Mahadzir
4- Munira
5- Karmila a.k.a Mira
6- Akira
7- Ismail
8- Sukimi
9- Mashitah ( pulang awal but no problem aku faham )
10- Razif ( tuan rumah, setuju ja dengan hasil meeting, dia dok pikiaq seronok nak gomoi.. haha )
11- Aizuddin
12- Aini Nurbaya
13- Nordin
14- sapa lagi aku dah lupa



Keputusan dibuat :

1. Lokasi reunion : Genting Highland
Tarikh : 22 November 2010 (mungkin berubah )
Jumlah Bayaran Sekeluarga : RM 3++.00


2. Melantik Agen
Agen zon utara : Mahadzir Mahadi
Agen zon tengah : Nordin Bakori
Agen zon KL-Selatan : Abdul Hafif
Agen pantai timur : Aizuddin


3. Cara bayaran :
Rakan- rakan mencadangkan bayaran melalui bank in /
bank tranfer ke akaun En. Abdul Hafif setiap bulan RM 50.
Bayaran akan berterusan sehingga tibanya tarikh reunion.

4. Sebarang maklumat lanjut / maklum balas / sokongan / idea / bantahan / surat layang / email berantai atau apa saja boleh la di buat pada chat box di sebelah.


*** mohon rakan2 check kot2 aku ada lepas pandang hasil mesyuarat. 10Q





Selasa, 30 Disember 2008

MEMPERTABALKAN DIN SEBAGAI SUAMI ORANG

Perkara : Walimatul urus Nordin
Tempat : Pengkalan Hulu
Tarikh : 17 / 12 / 2008 (sehari sebelun gaji )

time drive atas highway tiba2 ada kelisa bagi highlight kat aku.. tub2 kimi.. terus kami konvoi pi PHulu.. apa2 pun kenduri din mmg meriah.. dimeriahkan dgn letupan bedil.. mercun.. nie sedikit gambar sewaktu majlis.. Aku respect kat din sebab lepas makan beradab terus bawak bini jumpa saudara mara dgn org kampung.. tak sibuk masuk bilik bergambar.. tapi aku tak sempat tgk din bersanding.. kena balik awal.. MAHADIR LALU TAK NAMPAK AKU PUN..sedih aku..

Cantik dan sepadan.. tapi apsal keris tu pendek Din? nanti time aku biar ketak kapak ke..

Tetamu VIP.. En burn. tak sempat nak borak lama2.. dtg dgn apit n najwa

Makan beradab.. member aku nie mmg patut dpt pujian.. x control ayu.. selamba jer..

Semoga bahagia ke akhir hayat.. sorry din aku lupa nak D-link kan picture.. gelap sikit.
Nie la moment yg aku rindu sgt.. gotong royong satu kampung sediakan makanan berhidang..

Selasa, 23 Disember 2008

26 December is back!!!

Bila tiba tarikh nie aku mmg terkenang 25 december time tu tgh merendamkan kerandut ke pantai tk kemang port dickson.. esknya 26 december tsunami dtg. terus mengfobiakan aku.. huhuhu...
Berikut peristiwa yg berlaku pada tarikh 26 december tahun yg berbeza..

1. Ribut Grik di Sabah

2. Gempa Bumi di Bam, Iran

3. Tsunami di Asia Selatan

Kesimpulannya.. bumi dah tua.. Lu pikir la sendiri

Isnin, 15 Disember 2008

MERIDA TFS 500 bergerak ke sempadan

Berbekalkan MERIDA aku telah menjelajah sehingga ke border Thailand.. Depan sikit dah masuk Betong.. kena ajak Din Keroh.... baru best.. pi hot spring kat betong..

nie baru permulaan.. nanti aku buat border past.. kayuh masuk thailand.. mesti best..

bapak polisi..

batuu penanda MALAYSIA - Thailand..

singgaah rehat..

gambar dgn teknik low n lighting.

ready to ride.

HARI BERBAHAGIA DIN - AINI

Alhamdulillah.. Majlis din menjadi perhimpunan rakan2.. prareunion... Sebab terlalu sibuk dan buat2 sibuk aku lambat mengupload... nie serba sedikit gambar majlis hari tuu.. RALAT.. bateri time tuu dah nak kong.. may be din boleh email gambar yang ditangkap oleh cameraman hari tuu.. tq

Din.. pasnie jgn MENGANGKANG time kat atas pelamin.. tak manis... hahahaa

baru nampak manis sikit.. Moga bahagia hingga ke akhir hayat..

Dalam pic nie dapat dilihat dua rakan kita yang masih bujang.. dgr cerita Sukimi dah bertunang.. RM 10 012.. betul kaaaa? ajis bila?? Solikin pun dah empat..

ada lagik yang tak interframe, mahadir dgn kak ira.. ajis try rapat dgn din.. ambik berkat kot..

POWERMAN MALAYSIA

Powerman Malaysia
Tarikh : 9 NOv 2008
Masa : 7.30 am

Sedikit picture utk tatapan member2. Tgk siapa yang aku jumpa..

lari 11 km - basikal 64 km - lari 10 km.. ada bran?

LOOK.. RM 3* ***.00.. standard Azizul Hasni.. Chris Hoy.. dah dapat kancil sejibik..

1st peserta settle dlm 2 jam 30 minit...


aku jumpa Naim.. Batch khmo 03-05.. malu plak aku dgn dia.. hmm. may be next time.. i wish

Jumaat, 7 November 2008

Hari Berbahagia Wahmizan 08.08.08

Majlis pernikahan selamat di langsungkan pada tanggal 08.08.08.. mungkin kerana keunikan tarikh tersebut. ada gak org yg kahwin pada 20.08.2008.. mcm2.. anyway semoga bahagia..

doa seorang suami... amin.. bahagia la rumah tangga..

muka ketat smcm.. mesti nak suruh cameraman keluar bilik pengantin.. heee

Tema jingga..

pehhh.. mcm pinang terbelah dua..

potong kek bang..
brader nie dulu time kat maktab sanggup gayut dgn Baizura sampai pagi menggunakan teknik CALL 5 SAAT.. free katanya.. skrg berjaga sampai pagi lagik kaaa... hahahaaa

Majlis Pertunangan Izura

Tak byk info yg aku dpt dari Izura.. may be Izura boleh comment sikit ttg majlis pertunangan nie. bila and dgn siapa.. agak2 tu bila tarikh bersejarah menjadi isteri org?

You look blue.. nanti wedding pun tema blue kaaa...

Hantaran berpuncakkan cincin pertunangan.. siap bling2 lagi

Aik? pose sorang2.. mana tunangnyer?
Sici.. loro.. telu.. ( kira dlm Bahasa Jawa ) dlm 15 dulang gak
rasa2nya nie dlm 15 berbalas 11.. macam main badminton plak.. time dulu2 la.. waktu kiraan mata sehingga 15..
apa pun semoga bahagia.. nanti kenduri aku pergi cover lagi..

Selasa, 21 Oktober 2008

Baby Alang

nie la dia anak alang. siapa nama dia takde plak alang cakap. tapi yang pasti kita dah tambah senarai anak buah pjpk.. anak Solikin, anak Mamu, anak Akira, anak Matdek, Anak Taufik.. yg lain2 tu bila nak ada anak? ismail?

nama pa alang.. ada bunyi nama mcm ismail tak? hee

baby ramadhan... berapa ramadhan alang?

Gambar nie usia baby baru dua minggu

Tak sangka dulu dok hayun keran**t dlm bilik aku.. tub2 dah jadi bapak orang..

Ayu - Raja N Ratu Sehari

First2 aku nak mintak maaf dulu kat ayu. coz time kenduri dia aku tak dapat dtg.. mmg byk halangan tul hari tuu.. kenduri sedara mara kat kampung lagik.. adoiyai.. Apa2 pun aku doakan supaya Ayu n suami bahagia sampai ke akhir hayat.. Nanti kalu dah ada baby tul jgn lupa kongsi dgn kawan2.. benda baik nie elok dihebah2kan..

sama cantik.. sama padan.. mcm pinang terbelah 2.

nanti dah ada baby tu letak nama ismail.. biar baby tu baeeeeek mcm aku..hee

Siapa nama suami hang nie? tak bagi tau pun..

inilah gambar yg first time aku tgk terus teringat cerita p ramlee. tiga abdul. Abd wahub bersanding dgn Qasidah.. paling muka arah lain.. huhuh

Isnin, 20 Oktober 2008

Hang Out Time..

Yesterday pic kot..

Jgn lupa pakai earphone..

Sweet Child Of Mine..

Cuba Apit cerita sikit.. nama pa anak dara sunti tu?

Pimp My Ride!!

Harap2 aku x halangan .. nak turun ke powerman malaysia.. juz watching them. Nanti picturenya akan diuploadkan..tq

Vanue : Manjung, Perak, Malaysia

Time : 8.00 Am

Date : 9 Nov 08

Persandingan Hafif n Najwa

Western style!

Aik.. Nampak apa tu..

Look blue..

Baba n Nyonya Style.. may be should try cowboy ker...

Ring!!!

Abd. Hafif N Najwa Aziyati Sweet Moment

Aku tak tau la apa perasaan time nie... Mau MENGGELUPOR jantung.. adrenalin maximum nie.

Dah selamat diijabkabulkan.. Mr. And Mrs. Hafif

Doa makan ke tu?

Pehh.. Makan beradab.. Nasik minyak..

Sama cantik sama padan..


REUNION PJPKMPP HUJUNG TAHUN 2010

Harap rakan bersedia. Maklumat lanjut akan disebarkan kemudian.