Hasil Mesyuarat Reunion PJPKMPP

Lokasi Mesyuarat : Rumah Razif
Tarikh Mesyuarat :13 Disember 2009
Kehadiran PJPKMPP :-
1- Abdul Hafif
2- Najwa Aziyati
3- Mahadzir
4- Munira
5- Karmila a.k.a Mira
6- Akira
7- Ismail
8- Sukimi
9- Mashitah ( pulang awal but no problem aku faham )
10- Razif ( tuan rumah, setuju ja dengan hasil meeting, dia dok pikiaq seronok nak gomoi.. haha )
11- Aizuddin
12- Aini Nurbaya
13- Nordin
14- sapa lagi aku dah lupa



Keputusan dibuat :

1. Lokasi reunion : Genting Highland
Tarikh : 22 November 2010 (mungkin berubah )
Jumlah Bayaran Sekeluarga : RM 3++.00


2. Melantik Agen
Agen zon utara : Mahadzir Mahadi
Agen zon tengah : Nordin Bakori
Agen zon KL-Selatan : Abdul Hafif
Agen pantai timur : Aizuddin


3. Cara bayaran :
Rakan- rakan mencadangkan bayaran melalui bank in /
bank tranfer ke akaun En. Abdul Hafif setiap bulan RM 50.
Bayaran akan berterusan sehingga tibanya tarikh reunion.

4. Sebarang maklumat lanjut / maklum balas / sokongan / idea / bantahan / surat layang / email berantai atau apa saja boleh la di buat pada chat box di sebelah.


*** mohon rakan2 check kot2 aku ada lepas pandang hasil mesyuarat. 10Q





Selasa, 21 Oktober 2008

Baby Alang

nie la dia anak alang. siapa nama dia takde plak alang cakap. tapi yang pasti kita dah tambah senarai anak buah pjpk.. anak Solikin, anak Mamu, anak Akira, anak Matdek, Anak Taufik.. yg lain2 tu bila nak ada anak? ismail?

nama pa alang.. ada bunyi nama mcm ismail tak? hee

baby ramadhan... berapa ramadhan alang?

Gambar nie usia baby baru dua minggu

Tak sangka dulu dok hayun keran**t dlm bilik aku.. tub2 dah jadi bapak orang..

Ayu - Raja N Ratu Sehari

First2 aku nak mintak maaf dulu kat ayu. coz time kenduri dia aku tak dapat dtg.. mmg byk halangan tul hari tuu.. kenduri sedara mara kat kampung lagik.. adoiyai.. Apa2 pun aku doakan supaya Ayu n suami bahagia sampai ke akhir hayat.. Nanti kalu dah ada baby tul jgn lupa kongsi dgn kawan2.. benda baik nie elok dihebah2kan..

sama cantik.. sama padan.. mcm pinang terbelah 2.

nanti dah ada baby tu letak nama ismail.. biar baby tu baeeeeek mcm aku..hee

Siapa nama suami hang nie? tak bagi tau pun..

inilah gambar yg first time aku tgk terus teringat cerita p ramlee. tiga abdul. Abd wahub bersanding dgn Qasidah.. paling muka arah lain.. huhuh

Isnin, 20 Oktober 2008

Hang Out Time..

Yesterday pic kot..

Jgn lupa pakai earphone..

Sweet Child Of Mine..

Cuba Apit cerita sikit.. nama pa anak dara sunti tu?

Pimp My Ride!!

Harap2 aku x halangan .. nak turun ke powerman malaysia.. juz watching them. Nanti picturenya akan diuploadkan..tq

Vanue : Manjung, Perak, Malaysia

Time : 8.00 Am

Date : 9 Nov 08

Persandingan Hafif n Najwa

Western style!

Aik.. Nampak apa tu..

Look blue..

Baba n Nyonya Style.. may be should try cowboy ker...

Ring!!!

Abd. Hafif N Najwa Aziyati Sweet Moment

Aku tak tau la apa perasaan time nie... Mau MENGGELUPOR jantung.. adrenalin maximum nie.

Dah selamat diijabkabulkan.. Mr. And Mrs. Hafif

Doa makan ke tu?

Pehh.. Makan beradab.. Nasik minyak..

Sama cantik sama padan..


Jumaat, 17 Oktober 2008

Majlis Pertunangan Aini - Din

Awal2 Aini dah warning aku jgn kutuk gambar2 dia. so bagi menjaga hati dia.. aku tak kutuk la.. harap2 korang leh komen sikit.. kutuk ker.. nanti aku menyamar nick lain.. kutuk jugak sikit.. haaaahha
Aku tak tau apa yang nak dikomenkan. korang tgk la sendiri.

Nanti time kenduri jgn tak keluar bilik plak.. keluar la lepak dgn kawan2..
mujur tak diacungkan jari tgh sahaja.....hahahaa


Semoga bahagia ke akhir hayat. buang air yang keruh ambil air yang ada bijih emas..huhuhu baru teguh peribadi... petikan lagu P Ramlee.. tiga abdul..aku tukar sikit..



Khamis, 16 Oktober 2008

Time Lepak Kat Kuala Perlis

Time nie ntah mcm mana on the spot je boleh jadi lepak sekali. Tanpa apa - apa planning.

From left: Mrs.Ismail, Mrs. Pak Tam & Mrs. Hafif..

Rabu, 15 Oktober 2008

Walimatul Urus Alang

Time nie majlis kenduri kawin Alang kat Pendang.

Mempelai di sandingkan. Sama cantik sama padan. "adik cantik abg pun cantik"


Senggggeeeh sorang suami...Tahniah dah ada baby before raya 08.. lelaki kot

Brother Din Keroh Dan Superb Carnyer

Kat mana nie Din? Cam kat Camaroon Highland jer..

Pemandangan dari blkg. Sport rim tu bila nak tukar bro?

Lepas buka pintu pas nie bagi gabar yang buka bonet plak. nak tgk enjeng nya

Gambar nie la yang paling seram. Cuba kawan2 bagi ulasan sikit... agak2 apa yang Din tgh buat tu?

Ismail Time Xtvt Dengan Pusat Ko Perak

Putera raja diapit gundik2...hehehe.. pertandingan tarian tradisional cabaran selangor peringkat kebangsaan.

Tgh2 hutan. story last year punya. Program cabaran selangor.

Membina menara utk menampung berat seorang manusia.


This year program. Team Bulding Kementerian Pelajaran. Time bertugas utk high rope.

Ready for 'On Belay' 'Belay On'


nie sikit picture utk tatapan member2. ada lagi.. nanti akan diupdatekan.



Selasa, 7 Oktober 2008

Cerita Profesyen Perguruan.. Berita Harian 7 September 2008

Nasib guru senior terus terabai, pengalaman tak bantu kenaikan pangkat

MERUJUK kepada tulisan 'Guru Biasa' , Batu Caves, Selangor dalam ruangan ini, baru-baru ini, mengenai Kementerian Pelajaran abai nasib guru sambung belajar, saya ingin turut memberi maklum balas apa yang dinyatakan itu. Saya mungkin bernasib baik kerana tiada musibah yang menimpa selama empat tahun berulang alik dari Kangar, Perlis ke Universiti Teknologi Malaysia, Skudai Johor, 10 tahun lalu. Tidak berbaloi rasanya mendapat ijazah dengan bersusah payah sebegitu jika apa yang diharapkan mengecewakan.

Saya ingin menyentuh mengenai guru yang sambung belajar ijazah pertama dulu kerana ini menjadi duri dalam daging yang sudah sekian lama tertanam. Saya nyatakan di sini mengenai tiga kategori guru untuk perbandingan:
Kategori A – Guru DG29 yang sambung belajar kemudian dilantik ke DG41.
Kategori B – Guru DG29 yang baru habis belajar dilantik ke DG32 dulu kemudian
dilantik ke DG41.
Kategori C – Guru DG29 yang tidak sambung belajar kemudian dilantik ke DG32.

Dalam tiga kategori itu, paling untung ialah guru kategori B. Pada mulanya mereka ini dilantik ke DG41 sebaik saja mereka tamat belajar. Sama seperti kategori A, tetapi mereka mendesak supaya dilantik ke DG32 dulu sebelum ke DG41. Kenaikan gaji daripada DG29 ke DG32 ibarat mendapat durian runtuh kerana mereka diberi tunggakan berbelas ribu ringgit. Pada ketika itu, gaji mereka mengatasi guru kategori A walaupun lebih 10 tahun junior berbanding kategori A.

Selepas itu dilantik pula ke DG41, sekali lagi gaji mereka dinaikkan. Apabila kerajaan mengumumkan baru-baru ini, tiga tahun pengalaman ketika DG29 dikira satu tahun pengalaman pada DG41, sekali lagi mereka mendapat untung. Untung mereka berganda-ganda. Sementara itu bagi guru kategori C, mereka dilantik daripada DG29 ke DG32 dengan mendapat tunggakan antara RM5,000 hingga RM20,000. Hal ini juga menjadi rungutan di kalangan guru DG32 kerana lantikan ke DG32 tidak mengira senioriti. Sekarang ini guru lama dengan guru baru DG32 mendapat gaji sama banyak, sedangkan pengalaman guru lama ada yang mencecah 20 tahun berbanding guru baru yang hanya lima tahun. Kini gaji guru DG32 rata-rata melebihi gaji guru kategori A.

Saya berada dalam kategori A, kecewa dengan situasi ini. Sudahlah tidak pernah berasa apa-apa tunggakan, menjawat jawatan lain pun jauh sekali. Untuk naik pangkat 'time base' ke DG44 pun ada banyak kerenah dan halangan, sedangkan guru DG29 yang naik ke DG32 begitu mudah sekali walaupun baru mengajar sekitar lima tahun. Selama 10 tahun dalam DG29 tambah 11 tahun dalam GD41 menjadikan saya sudah 21 tahun berkhidmat dengan Kementerian Pelajaran tetapi amat mengecewakan. Umur sudah mencecah 50 tahun tetapi tiada kemajuan dalam kerjaya.

Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) yang dicanang ke seluruh negara ada menyebut mengenai 'martabat profesion perguruan'. Nampaknya ada yang tersisih dan dipinggirkan dan langsung tiada martabat.

GURU LAMA, Kangar Perlis.

REUNION PJPKMPP HUJUNG TAHUN 2010

Harap rakan bersedia. Maklumat lanjut akan disebarkan kemudian.