Hasil Mesyuarat Reunion PJPKMPP

Lokasi Mesyuarat : Rumah Razif
Tarikh Mesyuarat :13 Disember 2009
Kehadiran PJPKMPP :-
1- Abdul Hafif
2- Najwa Aziyati
3- Mahadzir
4- Munira
5- Karmila a.k.a Mira
6- Akira
7- Ismail
8- Sukimi
9- Mashitah ( pulang awal but no problem aku faham )
10- Razif ( tuan rumah, setuju ja dengan hasil meeting, dia dok pikiaq seronok nak gomoi.. haha )
11- Aizuddin
12- Aini Nurbaya
13- Nordin
14- sapa lagi aku dah lupa



Keputusan dibuat :

1. Lokasi reunion : Genting Highland
Tarikh : 22 November 2010 (mungkin berubah )
Jumlah Bayaran Sekeluarga : RM 3++.00


2. Melantik Agen
Agen zon utara : Mahadzir Mahadi
Agen zon tengah : Nordin Bakori
Agen zon KL-Selatan : Abdul Hafif
Agen pantai timur : Aizuddin


3. Cara bayaran :
Rakan- rakan mencadangkan bayaran melalui bank in /
bank tranfer ke akaun En. Abdul Hafif setiap bulan RM 50.
Bayaran akan berterusan sehingga tibanya tarikh reunion.

4. Sebarang maklumat lanjut / maklum balas / sokongan / idea / bantahan / surat layang / email berantai atau apa saja boleh la di buat pada chat box di sebelah.


*** mohon rakan2 check kot2 aku ada lepas pandang hasil mesyuarat. 10Q





Rabu, 3 Mac 2010

Hari Keluarga Mini

Perkara : Hari Keluarga PJPKMPP mini
Tarikh : Hujung Mac ( Sabtu )
Masa : 8.oo am
Tempat : Bukit Merah Lake Town Resort
Format : Sendiri masuk sendiri bayar - sendiri makan sendiri bayar


Idea ini hanya cetusan spontan untuk bertemu muka dengan rakan2 sambil bertukar2 idea dan kutuk mengutuk ( kutuk mengutuk yang dibenarkan oleh Lembaga Penapisan Filem ).

Tiada paksaan pada rakan2. Menjemput semua rakan yang mempunyai kelapangan.

Ahad, 31 Januari 2010

Keluarga Besar Solikin



Gambar terbaru Abg Long kita. Dah lama ada dalam email aku. Hari nie baru sempat upload.. Sorry Abg Long.. dah beranak empat. Agak2 yang sulung tu bila masuk tahun 1 ?

Khamis, 7 Januari 2010

Surat Pekeliling Dikehendaki !!!!

Harap kawan2 yang ada salinan surat pekeliling yang membenarkan guru pj memakai pakaian sukan sehingga tamat persekolahan. Salinan itu boleh dikongsi dengan semua member2 PJPKMPP.

REUNION PJPKMPP HUJUNG TAHUN 2010

Harap rakan bersedia. Maklumat lanjut akan disebarkan kemudian.