Hasil Mesyuarat Reunion PJPKMPP

Lokasi Mesyuarat : Rumah Razif
Tarikh Mesyuarat :13 Disember 2009
Kehadiran PJPKMPP :-
1- Abdul Hafif
2- Najwa Aziyati
3- Mahadzir
4- Munira
5- Karmila a.k.a Mira
6- Akira
7- Ismail
8- Sukimi
9- Mashitah ( pulang awal but no problem aku faham )
10- Razif ( tuan rumah, setuju ja dengan hasil meeting, dia dok pikiaq seronok nak gomoi.. haha )
11- Aizuddin
12- Aini Nurbaya
13- Nordin
14- sapa lagi aku dah lupa



Keputusan dibuat :

1. Lokasi reunion : Genting Highland
Tarikh : 22 November 2010 (mungkin berubah )
Jumlah Bayaran Sekeluarga : RM 3++.00


2. Melantik Agen
Agen zon utara : Mahadzir Mahadi
Agen zon tengah : Nordin Bakori
Agen zon KL-Selatan : Abdul Hafif
Agen pantai timur : Aizuddin


3. Cara bayaran :
Rakan- rakan mencadangkan bayaran melalui bank in /
bank tranfer ke akaun En. Abdul Hafif setiap bulan RM 50.
Bayaran akan berterusan sehingga tibanya tarikh reunion.

4. Sebarang maklumat lanjut / maklum balas / sokongan / idea / bantahan / surat layang / email berantai atau apa saja boleh la di buat pada chat box di sebelah.


*** mohon rakan2 check kot2 aku ada lepas pandang hasil mesyuarat. 10Q





Selasa, 7 Oktober 2008

Cerita Profesyen Perguruan.. Berita Harian 7 September 2008

Nasib guru senior terus terabai, pengalaman tak bantu kenaikan pangkat

MERUJUK kepada tulisan 'Guru Biasa' , Batu Caves, Selangor dalam ruangan ini, baru-baru ini, mengenai Kementerian Pelajaran abai nasib guru sambung belajar, saya ingin turut memberi maklum balas apa yang dinyatakan itu. Saya mungkin bernasib baik kerana tiada musibah yang menimpa selama empat tahun berulang alik dari Kangar, Perlis ke Universiti Teknologi Malaysia, Skudai Johor, 10 tahun lalu. Tidak berbaloi rasanya mendapat ijazah dengan bersusah payah sebegitu jika apa yang diharapkan mengecewakan.

Saya ingin menyentuh mengenai guru yang sambung belajar ijazah pertama dulu kerana ini menjadi duri dalam daging yang sudah sekian lama tertanam. Saya nyatakan di sini mengenai tiga kategori guru untuk perbandingan:
Kategori A – Guru DG29 yang sambung belajar kemudian dilantik ke DG41.
Kategori B – Guru DG29 yang baru habis belajar dilantik ke DG32 dulu kemudian
dilantik ke DG41.
Kategori C – Guru DG29 yang tidak sambung belajar kemudian dilantik ke DG32.

Dalam tiga kategori itu, paling untung ialah guru kategori B. Pada mulanya mereka ini dilantik ke DG41 sebaik saja mereka tamat belajar. Sama seperti kategori A, tetapi mereka mendesak supaya dilantik ke DG32 dulu sebelum ke DG41. Kenaikan gaji daripada DG29 ke DG32 ibarat mendapat durian runtuh kerana mereka diberi tunggakan berbelas ribu ringgit. Pada ketika itu, gaji mereka mengatasi guru kategori A walaupun lebih 10 tahun junior berbanding kategori A.

Selepas itu dilantik pula ke DG41, sekali lagi gaji mereka dinaikkan. Apabila kerajaan mengumumkan baru-baru ini, tiga tahun pengalaman ketika DG29 dikira satu tahun pengalaman pada DG41, sekali lagi mereka mendapat untung. Untung mereka berganda-ganda. Sementara itu bagi guru kategori C, mereka dilantik daripada DG29 ke DG32 dengan mendapat tunggakan antara RM5,000 hingga RM20,000. Hal ini juga menjadi rungutan di kalangan guru DG32 kerana lantikan ke DG32 tidak mengira senioriti. Sekarang ini guru lama dengan guru baru DG32 mendapat gaji sama banyak, sedangkan pengalaman guru lama ada yang mencecah 20 tahun berbanding guru baru yang hanya lima tahun. Kini gaji guru DG32 rata-rata melebihi gaji guru kategori A.

Saya berada dalam kategori A, kecewa dengan situasi ini. Sudahlah tidak pernah berasa apa-apa tunggakan, menjawat jawatan lain pun jauh sekali. Untuk naik pangkat 'time base' ke DG44 pun ada banyak kerenah dan halangan, sedangkan guru DG29 yang naik ke DG32 begitu mudah sekali walaupun baru mengajar sekitar lima tahun. Selama 10 tahun dalam DG29 tambah 11 tahun dalam GD41 menjadikan saya sudah 21 tahun berkhidmat dengan Kementerian Pelajaran tetapi amat mengecewakan. Umur sudah mencecah 50 tahun tetapi tiada kemajuan dalam kerjaya.

Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) yang dicanang ke seluruh negara ada menyebut mengenai 'martabat profesion perguruan'. Nampaknya ada yang tersisih dan dipinggirkan dan langsung tiada martabat.

GURU LAMA, Kangar Perlis.

Tiada ulasan:

REUNION PJPKMPP HUJUNG TAHUN 2010

Harap rakan bersedia. Maklumat lanjut akan disebarkan kemudian.